Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Varian Omicron: Kerajaan tangguh fasa peralihan ke endemik seketika – Air Times News Network
Home Semasa Varian Omicron: Kerajaan tangguh fasa peralihan ke endemik seketika

Varian Omicron: Kerajaan tangguh fasa peralihan ke endemik seketika

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan memutuskan untuk menangguh seketika (pause) usaha untuk negara bergerak ke Fasa ‘Peralihan ke Endemik’.

Beliau berkata, keputusan tersebut dicapai menerusi Mesyuarat Kuartet COVID-19 semalam, sehingga lebih banyak perincian diperolehi tentang varian baharu Omicron.

“Mesyuarat Kuartet ke-9 hari ini (semalam) memberi tumpuan kepada Variant Of Concern (VOC) Omicron yang kita ambil maklum sedang menular ke seluruh dunia,

“Kita juga memahami bahawa Omicron sememangnya berisiko kerana ia boleh merebak dengan lebih mudah dan pantas namun ia masih boleh dikesan melalui ujian makmal sedia ada,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Selain itu, Hishammuddin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang membuat pemantauan rapi mengenai varian Omicron.

“Kesemua ahli mesyuarat Kuartet juga telah diberi taklimat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai tindakan segera yang telah diambil oleh KMM dan pendekatan seterusnya dalam masa terdekat berkaitan varian baharu ini,” ujarnya.

Pada masa sama, Kuartet juga bersetuju untuk memberi mandat kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk mengumumkan dari semasa ke semasa tentang perkembangan terkini serta tindakan yang perlu diambil.

Katanya, KKM sedang mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai tempoh inkubasi, gejala dan kebolehjangkitan.

“Namun sementara itu, penting untuk saya maklumkan bahawa kerajaan akan mengenakan kawalan
sempadan antarabangsa yang lebih ketat ke atas negara-negara yang telah melaporkan penyebaran varian Omicron,

“KKM akan mengumumkan perkara ini secara terperinci tidak lama lagi,” jelasnya.

Menurutnya, kerajaan ambil maklum bahawa varian ini bukan sahaja telah menular di Selatan benua Afrika, tetapi juga di beberapa buah negara antaranya, Itali, Denmark, Australia, United Kingdom, Belgium dan Hong Kong.

“Susulan penularan varian ini, buat masa ini, SOP semasa dalam negara untuk negeri-negeri dalam Fasa 3 dan 4 masih kekal,” ujarnya lagi.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?