Home SemasaGlobal India lulus draf perolehan raifal teknologi Rusia, AK-203

India lulus draf perolehan raifal teknologi Rusia, AK-203

by M.Daim

MOSKOW, 24 Nov – Kementerian Pertahanan India telah meluluskan draf perolehan raifal tempur teknologi Rusia, AK-203.

Draf perolehan tersebut akan menjadikan India sebagai negera pertama di luar Rusia untuk menghasilkan raifal tempur siri AK-200 keluaran Kalashnikov.

“Penghasilan raifal tempur ini akan bermula awal 2022 oleh syarikat Indo-Russian Rifles Private Limited,

“Kilang tersebut telah dibina pada tahun 2019 di Korwa, Uttar Pradesh,” lapor agensi TASS.

Jelasnya, India telah menetapkan jadual perolehan dan penghasilan raifal tempur AK-203 untuk tempoh 10 tahun.

“Sebanyak 70 ribu laras AK-203 akan dihantar secara terus dari Rusia ke India untuk tempoh 2 tahun dan 8 bulan,

“Selain daripada itu, lebih 600 ribu laras raifal ini akan dihasilkan bagi memenuhi keperluan Tentera India untuk tempoh 10 tahun,” kata laporan itu.

Perolehan AK-203 dilakukan oleh India bagi menggantikan raifal tempur keluaran tempatan, INSAS. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply