Home SemasaGlobal Rusia dan ASEAN laksana latihan ketenteraan di Laut Sumatera mulai Disember

Rusia dan ASEAN laksana latihan ketenteraan di Laut Sumatera mulai Disember

by Natasha Azereen

BANGKOK, 24 Nov – Tentera Laut Rusia akan melaksanakan latihan ketenteraan bersama dengan angkatan laut negara-negara anggota ASEAN di Laut Sumatera.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Wakil Tetap Rusia ke ASEAN, Alexander Ivanov.

“Latihan bersama ini akan melibatkan kapal ADMIRAL PANTELEYEV di utara perairan Laut Sumatera,” kata Alexander dilapor oleh TASS.

Menurut beliau, latihan tersebut diadakan bagi menguji keupayaan semua angkatan laut yang terlibat dalam memastikan aktiviti perdagangan dan perkapalan maritim yang selamat.

Eksesais tersebut dijangka akan dilakukan secara hibrid iaitu melalui persidangan maya dan juga latihan fizikal.

Admiral Panteleyev merupakan kapal pembinasa kelas Udaloy yang dioperasikan oleh Armada Pasifik Tentera Laut Rusia.

Kapal ini berupaya untuk melaksanakan peperangan permukaan dan anti kapal selaml. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply