Home SemasaGlobal Parlimen Ukraine luluskan perjanjian kerjasama dengan Turki

Parlimen Ukraine luluskan perjanjian kerjasama dengan Turki

by M.Daim

KIEV, 20 Nov – Parlimen Ukraine telah meluluskan rangka kerja dan kerjasama ketenteraan antara negara itu dengan Turki, semalam.

Perjanjian kerjasama bilateral tersebut mula ditandatangani pada Oktober tahun lalu dan Ankara berjanji untuk menderma sebanyak US$18.5 juta bantuan ketenteraan kepada Ukraine.

“303 daripada 450 undian di Parlimen Ukraine bersetuju untuk meluluskan kerjasama dengan Turki,” lapor Anadolu.

Ukraine merupakan antara negara terawal yang mengoperasikan pesawat tanpa pemandu (UAV) Bayraktar TB2. UAV tersebut baru-baru ini kali pertama digunakan untuk membedil kedudukan artileri kumpulan pemisah pro-Rusia di Donbas.

UAV terbaharu dan terbesar yang dibina oleh Turki, Bayraktar Akinci menggunakan enjin turboprop AI-450C 750 kuasa kuda. Enjin ini dihasilkan oleh syarikat Ukraine, Ukrspetsexport. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply