Home SemasaGlobal Biden luluskan pertukaran maklumat pendorong nuklear dengan AUKUS

Biden luluskan pertukaran maklumat pendorong nuklear dengan AUKUS

by M.Daim

WASHINGTON, 20 Nov – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah meluluskan cadangan perjanjian pertukaran maklumat pendorong nuklear di bawah rangka kerjasama AUKUS.

Keputusan Biden disiarkan oleh pihak White House di portal mereka, hari ini.

“Perjanjian ini akan membenarkan kerjasama bagi meningkatkan lagi postur pertahanan AS dengan negara sekutu,” kata Biden dalam memorandum tersebut.

Menurut beliau, perjanjian tersebut diluluskan dengan syarat tidak menimbulkan risiko kepada pertahanan dan keselamatan bersama AS dengan negara-negara lain.

“Saya membenarkan pelaksanaan perjanjian ini oleh kerajaan AS dengan mengikut cara yang ditetapkan oleh Setiausaha Negara,” tegasnya.

Pendorong nuklear merupakan sebahagian daripada kerjasama antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat di bawah rangka AUKUS.

Sistem pendorong ini bakal digunakan bagi rancangan untuk menghasilkan kapal selam berkuasa nuklear untuk kegunaan Australia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply