Home Semasa COVID-19: Warganegara asing langgar SOP boleh diusir pulang

COVID-19: Warganegara asing langgar SOP boleh diusir pulang

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak teragak-agak akan membatalkan pas dan kemudahan Imigresen yang diberikan kepada warganegara asing yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, pihaknya juga akan mengusir pulang ke negara asal mereka masing-masing dan disenaraihitamkan dari memasuki negara ini semula.

Beliau berkata, pihaknya menyedari sejak kebelakangan ini sering tular menerusi media sosial mengenai isu warga asing melanggar SOP pencegahan COVID-19 di negara ini.

“Malah terdapat dalam kalangan mereka yang dilihat sengaja mencabar pihak berkuasa supaya mengambil tindakan,

“Sehubungan itu, JIM menasihati semua warga asing agar mematuhi arahan dan peraturan pihak berkuasa ketika diarah mematuhi langkah-langkah pencegahan pandemik COVID-19,

“JIM tidak akan teragak-agak membatalkan pas dan sebarang kemudahan diberikan, termasuk diusir pulang ke negara asal,

“Mereka yang ingkar juga boleh disenaraihitam daripada kembali memasuki negara ini seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 8 dan 9, Akta Imigresen 1959/63,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Khairul Dzaimee juga mengingatkan warga tempatan yang menjadi penaja atau majikan kepada warga asing supaya lebih bertanggungjawab dalam memastikan mereka mematuhi arahan dan undang-undang negara ini.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply