KUALA LUMPUR, 6 Nov – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding sebanyak 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PAS pula mengetengahkan 8 calon dan GERAKAN sebanyak 5 calon di bawah Perikatan Nasional (PN).
“PN telah melakukan persiapan untuk menghadapi pilihan raya ini, termasuklah penyelesaian pembahagian kerusi dengan semua parti-parti komponen di semenanjung untuk mengenal pasti calon berkelayakkan untuk bertanding di Melaka,
“Semua parti yang mengambil bahagian dalam mesyuarat khas pilihan raya ini telah mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi dan senarai calon yang akan bertanding,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis pengumuman calon dan penyerahan Watikah PRN Melaka bagi PN, hari ini.
Turut hadir, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor: Setiausaha Agong PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Senarai nama calon PN bagi PRN Melaka:
N1 Kuala Linggi
Puan Hajah Aziah Mohd Sa’ad (PAS)
N2 Tanjung Bidara
Datuk Mas Ermieyati Samsuddin (PPBM)
N3 Ayer Limau
Dr Nordina Abdul Latif (PPBM)
N4 Lendu
Mej (B) Abdullah Mahadi (PPBM)
N5 Taboh Naning
Abu Hashim Abdul Samad (PAS)
N6 Rembia
Zamzuri Ariffin (PPBM)
N7 Gadek
Mohd Amir Fitri Muharam (PPBM)
N8 Machap Jaya
Tai Siong Jiul (PPBM)
N9 Durian Tunggal
Jaafar Othman (PAS)
N10 Asahan
Dhanesh A/L Basil (Gerakan)
N11 Sungai Udang
Dr Mohd Aleef Yusuf (PPBM)
N12 Pantai Kundor
Mohd Ridzwan Mustafa (PPBM)
N13 Paya Rumput
Muhammad Faris Izwan Mazlan (PPBM)
N14 Kelebang
Barkri Jamaluddin (PAS)
N15 Pengkalan Batu
Mohd Azrudin Md Idris (PPBM)
N16 Ayer Keroh
Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam (Gerakan)
N17 Bukit Katil
Muhammad Al Afiz Yahya (PAS)
N18 Ayer Molek
Mohd Fadly Samin (PPBM)
N19 Kesidang
Patrick Ng Chin Kae (Gerakan)
N20 Kota Laksamana
Fong Khai Ling (Gerakan)
N21 Duyong
Datuk Kamaruddin Sedik (PAS)
N22 Bandar Hilir
Clarice Chan Ming Wang (Gerakan)
N23 Telok Mas
Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PPBM)
N24 Bemban
Dr Mohd Yadzil Yaakob (PPBM)
N25 Rim
Azalina Abdul Rahman (PPBM)
N26 Serkam
Ahmad Bilal Rahaudin (PAS)
N27 Merlimau
Abd Alim Shapie (PAS)
N28 Sungai Rambai
Muhammad Jefri Safry (PPBM)