Home Pertahanan dan Keselamatan 500 wira negara terima Pingat Jasa Malaysia

500 wira negara terima Pingat Jasa Malaysia

by Air Times News Network

KOTA BHARU, 7 Nov – Seramai 500 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) peringkat negeri Kelantan, semalam.

Majlis penganugerahan PJM kepada veteran ATM ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz di Hotel Grand Renai, Kota Bharu.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, majlis ini merupakan yang kedua diadakan pada tahun ini selepas negeri Pahang pada 3 April lalu.

“Sehingga hari ini, seramai 29,321 veteran ATM telah menerima PJM, manakala bagi veteran yang layak dan belum lagi dianugerahkan akan dijadualkan penganugerahannya pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany TLDM; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad TUDM dan Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad.

Penganugerahan PJM telah dilaksanakan mulai 3 Mac 2004, sebagai pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan Malaysia daripada ancaman pengganas Komunis. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply