Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara COVID-19: EC725 AP TUDM terbangkan tim perubatan CMVT ke kampung orang asli

COVID-19: EC725 AP TUDM terbangkan tim perubatan CMVT ke kampung orang asli

by Air Times News Network

GUA MUSANG, 13 Okt – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan Tim Perubatan Combat Medic Vaccination Team Angkatan Tentera Malaysa (CMVT ATM) COVID-19 ke kawasan perkambungan orang asli di Kampung Rekom, Gua Musang, semalam.

TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, helikopter EC725 AP dari No. 10 Skuadron berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 8.00 pagi ke Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Seterusnya selepas mengambil tim CMVT, EC725 AP meneruskan penerbangan ke Landing Point (LP) Kampung Rekom.

“Kerjasama diantara TUDM, Markas 8 Briged dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan adalah bagi membantu kerajaan dalam memastikan semua rakyat menerima suntikan vaksin COVID-19,

“Seramai 20 orang penduduk orang asli di kampung tersebut yang terdiri daripada golongan dewasa dan remaja telah menerima suntikan vaksin,” katanya.

Menurut TUDM, kerjasama diantara ATM bersama agensi kerajaan yang lain ini dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan kadar penerimaan vaksin bagi penduduk di pendalaman terus meningkat. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply