Home SemasaGlobal Pyongyang pertingkat pembangunan senjata hadapi ancaman AS, Korea Selatan – Kim Jong Un

Pyongyang pertingkat pembangunan senjata hadapi ancaman AS, Korea Selatan – Kim Jong Un

by Natasha Azereen

SEOUL, 12 Okt – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menegaskan negara itu akan meneruskan program pembangunan senjata sebagai tindak balas terhadap dasar bermusuhan oleh Amerika Syarikat (AS) serta peningkatan rancangan ketenteraan di Korea Selatan, hari ini.

Media Korea Utara, KCNA memetik kenyataan beliau yang turut menyatakan Pyongyang hanya meningkatkan keupayaan ketenteraan bagi mempertahankan diri dan bukannya mahu memulakan perang.

“Kami tidak membincangkan isu perang dengan sesiapa, sebaliknya ini bagi mencegah peperangan itu sendiri, serta melindungi kedaulatan negara kami,

“Pyongyang sukar mempercayai kenyataan pihak AS yang menafikan sikap bermusuhan terhadap Korea Utara,

“Usaha Korea Selatan dalam memperkukuh aspek pertahanan tanpa batasan dan berbahaya juga telah memusnahkan keseimbangan serta  menyebabkan ketidakstabilan ketenteraan di Semenanjung Korea,” jelas Kim.

Beliau menambah, Korea Selatan dilihat secara terbuka ingin mengatasi Korea Utara dalam keseluruhan aspek ketenteraan.

Korea Selatan baru-baru ini menguji peluru berpandu balistik pertamanya, dan telah membeli jet pejuang F-35 buatan AS.

Korea Utara pula bertindak balas dengan memulakan program pembesaran reaktor nuklearnya.

Sementara itu, Penasihat Keselamatan Korea Selatan, Suh Hoon, dijangka bertemu dengan rakan sejawatannya dari AS, Jake Sullivan di Washington untuk membincangkan isu Korea Utara.

Pertemuan ini dijangka menyentuh pengisytiharan rasmi untuk menamatkan Perang Korea 1950 dan pengurangan sekatan ke atas Korea Utara– airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global #KoreaUtara #Pyongyang

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply