Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM terbangkan peralatan, bekalan perubatan ke Sabah dan Sarawak

TUDM terbangkan peralatan, bekalan perubatan ke Sabah dan Sarawak

by Nurulhuda

SUBANG, 3 Okt – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meneruskan tanggungjawab sosial bagi bantuan logistik penghantaran peralatan perubatan ke Sabah dan Sarawak melalui penerbangan bagi membantu kedua-dua negeri berkenaan di dalam usaha memerangi COVID-19, semalam.

Pesawat angkut C-130H telah membuat 2 sortie penerbangan iaitu pada jam 7.00 pagi dan jam 3.00 petang berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Kuching.

Manakala pesawat angkut A400M pula berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Kota Kinabalu dan Labuan pada jam 8.00 pagi.

TUDM menerusi hantaran di media sosial rasminya berkata, kedua-dua pesawat berkenaan telah membawa peralatan perubatan dan bekalan ubatan daripada Special Task Force Kesihatan Awam iaitu Greater Klang Valley Special Task Force (GKVSTF).

“GKVSTF diterajui secara bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

“Antara peralatan perubatan yang diterbangkan ialah 448 silinder oksigen 40L 6.8m3 atau 28 pellet berserta high flow nasal cannula, heat breathing tube, water chamber dan lain-lain peralatan perubatan yang dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pula menerima sebanyak 400 silinder oksigen dengan kapasiti yang sama,” jelas TUDM.

Dalam masa yang sama, TUDM menjelaskan, pihaknya akan sentiasa komited dalam meneruskan usaha bersepadu di antara semua agensi dalam membantu negara bagi menangani situasi kritikal penularan wabak COVID-19 termasuk negeri Sabah dan Sarawak.

“Semua pihak sentiasa bersiapsiaga melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh komited demi kesejahteraan rakyat terutama dalam menangani wabak COVID-19 di dalam negara,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply