Home Semasa COVID-19: Malaysia catat rekod tertinggi lagi dengan 23,564 kes

COVID-19: Malaysia catat rekod tertinggi lagi dengan 23,564 kes

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Malaysia hari ini merekodkan kes jangkitan harian COVID-19 tertinggi dengan 23,564 kes dalam tempoh 24 jam lalu, dan ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,513,024 kes.

Ini merupakan hari ketiga berturut-turut negara mencatat jumlah harian tertinggi, setelah melaporkan 22,948 kes baru pada Khamis dan 22,242 pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosial berkata, Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 6,974 kes.

“Ini diikuti Sabah (2,738 ), Sarawak (2,548), Kedah (1,932), Kuala Lumpur (1,652), Pulau Pinang (1,523) dan Johor (1,323),

“Manakala sebanyak 1,281 kes direkodkan di Kelantan, Perak (1,248), Melaka (610), Negeri Sembilan (608), Terengganu (521), Pahang (517), Perlis (64), Putrajaya (24) dan Labuan (1),” ujarnya.

Semalam, Malaysia mencatatkan 22,948 kes jangkitan dan 178 kematian akibat wabak berkenaan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply