Home Semasa COVID-19: Hanya 4 kes kematian libatkan individu lengkap vaksinasi

COVID-19: Hanya 4 kes kematian libatkan individu lengkap vaksinasi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan, hanya 4 kematian COVID-19 atau 0.03 peratus kes membabitkan individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap.

Ia berbanding jumlah keseluruhan kes kematian 12,993 yang dilaporkan.

“Data klinikal kami menunjukkan antara keseluruhan kematian itu, terdapat 80 kes yang mana telah mendapat satu suntikan dos vaksin dan 4 kes lengkap vaksinasi,” katanya dalam ciapan Twitternya, hari ini.

Dalam tempoh lebih 24 jam sehingga semalam, sebanyak 293 lagi korban akibat COVID-19, sekaligus menjadikan keseluruhan 13,077 kematian direkodkan sejak wabak ini melanda negara.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply