Home Semasa PAC cadang kerajaan tetapkan harga siling vaksin Sinovac

PAC cadang kerajaan tetapkan harga siling vaksin Sinovac

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kepada kerajaan supaya menetapkan harga siling bagi pemvaksinan COVID-19 apabila vaksin Sinovac dijual kepada rakyat.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, penetapan harga siling berkenaan yang meliputi harga vaksin oleh Pharmaniaga serta kos yang dikenakan oleh klinik atau hospital swasta adalah amat perlu supaya harga vaksinasi adalah tahap wajar dan tidak membebankan rakyat.

“Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kerajaan akan membenarkan penjualan vaksin COVID-19 di pasaran terbuka bermula pada Ogos depan dan adalah penting supaya harga siling untuk pemvaksinan berkenaan ditetapkan dan diumumkan kepada rakyat dengan segera,

“Jawatankuasa ini juga mengambil maklum harga untuk pemvaksinan COVID-19 sudah mula dipromosikan dan harga yang ditetapkan adalah tinggi berbanding dengan harga yang sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, berhubung mengenai prosiding perolehan vaksin COVID-19 dan penggunaannya terhadap rakyat Malaysia, PAC telah memanggil Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Prosiding berkenaan bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1 petang turut dihadiri Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI),

“PAC akan meneruskan prosiding berhubung isu ini dengan memanggil Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Rabu,” ujarnya.

Dalam pada itu, prosiding ini juga akan diteruskan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada minggu depan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply