Home Semasa 49 premis ingkar SOP diarahkan tutup

49 premis ingkar SOP diarahkan tutup

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Jul – Sebanyak 49 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 82,249 pemeriksaan dan ‘snap check’ COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,934 orang.

“Kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak perlanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan,

“Pemeriksaan termasuklah ke atas 1,300 buah kilang, 14,025 premis perniagaan, 360 tapak pembinaan dan 173 buah asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata, seramai 8 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap, manakala 2 kenderaan darat dirampas.

Selain itu, Operasi Benteng (Op Benteng) melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 890 Sekatan Jalan Raya (SJR), semalam.

“Op Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA telah melaksanakan 836 SJR, semalam,

“Manakala, Op Benteng PDRM (45) dan AKSEM (9) SJR,” tambahnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply