1.1K
COTABATO, 4 Jul – Pesawat tentera C-130 Filipina yang membawa 85 orang penumpang dilaporkan terhempas di selatan Filipina, hari ini.
Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan Ketua Angkatan Tentera Filipina, Cirilito Sobejana berkata, pesawat itu terhempas selepas cuba melakukan pendaratan cemas di Pulau Jolo, Wilayah Sulu.
“Kebanyakkan penumpang merupakan pelajar dari akademi penerbangan yang telah menamatkan pengajian,
“Kesemua pelajar akan ditempatkan di Jolo bagi membantu tentera Filipina menangani kegiatan keganasan di daerah itu,” katanya
Dalam pada itu, setakat ini seramai 15 mangsa sudah dibawa keluar dari bangkai pesawat yang terbakar. – airtimes.my