Home Semasa Muhyiddin masih dirawat di hospital, keadaan stabil

Muhyiddin masih dirawat di hospital, keadaan stabil

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Jul – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerima rawatan di hospital akibat jangkitan pada sistem penghadapan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan, Muhyiddin telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena,

“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan,” kata kenyataan itu.

Menurut PMO, Muhyiddin dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Perdana Menteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau,” jelas kenyataan itu.

Pada 30 Jun lalu, Muhyiddin dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami diarea. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply