Home Semasa Nor Zamani wanita ketiga dilantik Ketua Pengarah Pendidikan

Nor Zamani wanita ketiga dilantik Ketua Pengarah Pendidikan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Jul – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pelantikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) baharu berkuat kuasa pada 22 Jun lalu.

KPM dalam satu kenyataan semalam berkata, Nor Zamani, 59, merupakan KPPM yang ke-18 dan merupakan wanita ketiga dilantik ke jawatan tersebut.

Beliau menggantikan Datuk Dr Habibah Abdul Rahim yang bersara April lalu.

Nor Zamani memulakan perkhidmatan dalam dunia Pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan.

Dalam tempoh 35 tahun perkhidmatan, Nor Zamani juga telah berkhdimat di pelbagai organiasi dalam KPM.

“Antaranya Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta,

“Nor Zamani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi dan Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPM yakin Nor Zamani dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi KPM dalam mencapai aspirasi pendidikan negara. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply