Home Semasa Sultan Nazrin perkenan sidang DUN 4 hari bermula 25 Ogos ini

Sultan Nazrin perkenan sidang DUN 4 hari bermula 25 Ogos ini

by Bernama

IPOH, 30 Jun – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakan empat hari bermula 25 Ogos ini, kata Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad.

Beliau berkata Sultan Nazrin juga berkenan untuk berangkat merasmikan istiadat pada hari pertama persidangan mesyuarat itu.

“Semalam saya hadir menghadap Sultan Perak bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan penasihat undang-undang. Mengikut perancangan awal, persidangan akan diadakan secara fizikal, semua wakil rakyat akan terlibat, manakala ketua jabatan dan pemerhati secara maya.

“Seperti kelaziman, sidang DUN ini juga boleh diikuti di media sosial termasuk Facebook dan Youtube,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Sebelum ini dilaporkan beberapa negeri telah mengumumkan untuk mengadakan sidang DUN masing-masing seperti Melaka (pada pertengahan Julai), Negeri Sembilan dan Selangor (Ogos), manakala Pahang selepas darurat tamat selain Terengganu menunggu maklum balas Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply