Home Semasa Kampung Segambut Dalam, Jalan Kubur Kuala Lumpur dikenakan PKPD bermula esok

Kampung Segambut Dalam, Jalan Kubur Kuala Lumpur dikenakan PKPD bermula esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kampung Segambut Dalam, Segambut dan Jalan Kubur di Pantai Dalam, Kuala Lumpur akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 9 Julai 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan berlaku peningkatan ketara kes positif COVID-19 dalam masa yang singkat di kawasan berkenaan.

“Sebanyak 78 kes positif direkodkan daripada 646 saringan di Kampung Segambut, manakala sebanyak 53 kes positif dilaporkan hasil ujian saringan ke atas 79 orang di Jalan Kubur,” katnya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerekan (PKP), hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri turut menjelaskan 4 lagi lokaliti di Sabah akan dikenakan PKPD bermula Ahad ini sehingga 10 Julai 2021 ekoran peningkatan kes COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokasi tersebut.

Menurutnya, PKPD ini dikenakan di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih di Tawau; Lorong 12, 15 dan 16, Taman Fajar serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni di Sandakan, Sabah.

“KKM telah merekodkan 12 kes positif di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut selepas 31 individu disaring manakala di Kampung Baru Pasir Putih, sebanyak 50 ujian saringan dilakukan dan 10 daripadanya dilaporkan positif COVID-19,

“Manakala, sebanyak 17 kes positif telah direkodkan di Lorong 12, 15 dan 16, Taman Fajar selepas 91 orang menjalani ujian saringan, manakala di PPR Taman Murni pula seramai 42 orang disaring dan 15 disahkan positif COVID-19,” tambahnya.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk terlibat dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply