Home Semasa Kes COVID-19 naik lagi dengan 8,209 jangkitan, Selangor lepasi angka 3,000

Kes COVID-19 naik lagi dengan 8,209 jangkitan, Selangor lepasi angka 3,000

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Jangkitan kes COVID-19 di Malaysia terus meningkat kepada 8,209 kes baharu hari ini dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, dengan penambahan kes tersebut, kes harian jangkitan di negara meningkat kepada 595,374 kes hari ini.

Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 3,125 kes dengan diikuti Kuala Lumpur (801) dan Johor 752.

“Manakala, Sarawak sebanyak 594, Negeri Sembilan (576), Kelantan (414), Perak (384), Kedah (373), Melaka (322), Pulau Pinang (303), Sabah (203), Pahang (135), Terengganu (127), Labuan (62), Putrajaya (33) dan Perlis (5),” ujarnya.

Semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 7,703 kes jangkitan harian baharu dan 126 kes kematian akibat wabak pendemik ini. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply