Home Semasa Total lockdown: KDN aturgerak 70 ribu anggota penguatkuasa

Total lockdown: KDN aturgerak 70 ribu anggota penguatkuasa

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengaturgerakan lebih 70,000 anggota daripada pelbagai agensi bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown bermua 1 Jun ini dilaksanakan secara berkesan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, jumlah anggota ketika ini juga akan ditambah kekuatannya dalam menjayakan PKP fasa pertama ini.

“KDN mengambil sikap tegas untuk pastikan kejayaan menangani COVID-19 kali ini. PDRM buat masa ini telah mengerahkan lebih 37,000 anggota dan selepas berbincang kita telah setuju untuk tambah 55,000 anggota keseluruhan,

“15,000 lagi anggota daripada agensi lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi-agensi di bawah KDN seperti Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), RELA dan sebagainya,” jelasnya dalam sidang media hari ini.

Hamzah turut menjelaskan, PDRM akan menambah bilangan sekatan jalan raya (SJR) daripada 600 kepada 800 SJR bermula Rabu ini.

“Buat masa ini lebih 600 SJR dilakukan di seluruh negara dan kita akan tambah jumlah tersebut kepada 800 SJR,

“Pemeriksaan secara mengejut akan dilaksanakan Tim Pemantauan Pematuhan SOP yang terdiri daripada beberapa kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Jabatan Kerja Raya (KKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan sektor sosial dan ekonomi,” tambahnya.

Selain itu, Operasi Benteng (Op Benteng) dan kawalan di sempadan terutama di laluan-lalun panas yang menjadi tempat serta laluan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mencegah kemasukan secara haram ke dalam negara.

“APMM dan Pasukan Polis Marin akan digerakkan untuk memperketatkan pematuhan SOP dan kawalan di sempadan negara,

“Manakala, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan PDRM juga akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu di kawasan-kawasan penempatan warga asing di seluruh negara,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Hamzah menasihatkan agar semua pihak memberikan kerjasama dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan perintah ‘total lockdown’ kali ini.

“Tindakan tegas tanpa kompromi seperti kompaun akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi SOP,” tegasnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply