Home Semasa Sabah turut laksana ‘total lockdown’ seperti Persekutuan – Ketua Menteri

Sabah turut laksana ‘total lockdown’ seperti Persekutuan – Ketua Menteri

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 29 Mei – Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau ‘total lockdown’ seperti yang diumukan kerajaan Persekutuan dalam usaha mengekang penularan jangkitan wabak COVID-19 di negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan berkata, sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ dalam masa yang terdekat.

“Kerajaan negeri Sabah menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan melaksanakan total lockdown selama 2 minggu mulai 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 sesuai dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada petang Jumaat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari.

Muhyiddin, dalam satu kenyataan berkata, sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN.

Menurutnya, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Sehingga semalam, Sabah telah merekodkan 308 kes baharu COVID-19 dan ia menjadikan jumlah kumulatif pesakit di negeri itu sebanyak 61,582 kes.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply