Home Semasa Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi satu landasan

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi satu landasan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya masih berjalan mengikut pelan alternatif seperti yang diumumkan Menteri Pengangkutan, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, bagi seksyen yang terlibat dengan pelanggaran tren dalam kejadian Isnin lalu, hanya satu landasan digunakan.

“Pasukan pemeriksaan menyempurnakan misi mereka pada jam 4.30 pagi sebelum perkhidmatan LRT bermula dari 6 pagi hari ini,

“Pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memeriksa semula sebaik sahaja pihak Rapid Rail menyempurnakan kerja pembaikan dan pemasangan yang disyaratkan,

“APAD akan memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum kelulusan pemulihan operasi diberi kepada Rapid Rail,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, pagi tadi.

Ka Siong menjelaskan, Pasukan Pemeriksaan Fizikal yang terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Penguatkuasaan Rel dan Bahagian Perancangan Rel APAD telah memulakan kerja-kerja bagi membuka landasan dan sistem kereta api di Stesen KLCC sehingga Kampung Baru.

“Hasil pemeriksaan mendapati Laluan Kecemasan (Emergency Walkway) di sebelah kanan di lim rel 1447 tidak stabil akibat kesan pelanggaran (patah di bahagian tapak). Ia perlu diambil tindakan pembaikan segera,

“Disamping itu, 3 Rail Chip tidak dipasang pada bahagian rel, namun Rapid Rail telah memasangnya dengan serta-merta,

“Pasukan Pemeriksaan APAD mengarahkan pengantian kabel pengesan haba yang rosak bermula di segmen terowong 126 sehingga segmen terowong 96 sepanjang lebih kurang 28.5 meter bagi memastikan sistem pengesanan kebakaran di dalam terowong berfungsi dengan baik,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, beliau menambah, pihak Rapid Rail telah memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian akan dilakukan dalam tempoh terdekat kerana ini adalah komponen keselamatan kritikal operasi utama bagi perkhidmatan LRT.

“Pengujian ‘rollover train’ bermula pada jam 3.08 pagi dan pemerhatian ‘rollover’ mendapati simulasi pergerakan tren berada di dalam keadaan baik. -airtimes.my

T

Related Articles

Leave a Reply