Home Semasa Malaysia catat 3,788 kes baharu COVID-19

Malaysia catat 3,788 kes baharu COVID-19

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Apr – Kes positif baharu COVID-19 di dalam negara terus meningkat dengan mencatatkan 3,788 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di akaun Twitter rasminya berkata, dengan penambahan kes positif tersebut, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia adalah 408,713 kes.

Selangor terus mencatat peningkatan kes harian tertinggi dengan 1,265 kes hari ini.

“Ini diikuti dengan Sarawak (760 kes), Kelantan (464 kes), Kuala Lumpur (255 kes), Pulau Pinang (250 kes), Johor (160 kes), Negeri Sembilan (136 kes), Kedah (136 kes), Perak (118 kes), Sabah (89 kes), Melaka (55 kes), Pahang (54 kes), Terengganu (37 kes), Perlis (5 kes), dan masing-masing 2 kes di Labuan dan Putrajaya,,” katanya hari ini. –airtimes

Related Articles

Leave a Reply