Home SemasaGlobal Kapal selam tentera laut Indonesia hilang di perairan Bali

Kapal selam tentera laut Indonesia hilang di perairan Bali

by M.Daim

JAKARTA, 21 Apr – Sebuah kapal selam milik tentera laut Indonesia dilaporkan terputus hubungan ketika menjalani latihan.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dilaksanakan di kawasan perairan kira-kira 60 batu nautika dari Bali,

“Setiap kapal yang mempunyai keupayaan peperangan bawah permukaan dikerah untuk laksanakan pencarian,” kata Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI), Masrhal Hadi Tjahjanto yang dipetik oleh CNN.

Terdahulu, Ketua Penerangan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL), Laksamana Pertama Julius Widjojono mengesahkan kapal selam tersebut gagal dihubungi semenjak awal pagi Rabu.

Menurut beliau, kapal selam terbabit sedang melaksanakan latihan penembakan torpedo.

Kapal selam KRI Nanggala (402) merupakan kapal selam kelas Type 209/1300 buatan Jerman dan dibina pada tahun 1981.

Kapal selam berkuasa enjin diesel elektrik ini telah mencecah usia 40 tahun dan dianggotai oleh seramai 34 orang anak kapal. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply