Home SemasaGlobal Letupan bom di gereja Katedral Makassar: 2 pengebom maut, 14 cedera

Letupan bom di gereja Katedral Makassar: 2 pengebom maut, 14 cedera

by Air Times News Network

JAKARTA, 28 Mac – Ketua Polis Sulawesi Selatan, Irjen Pol Merdysam mengesahkan 2 pengebom bunuh diri yang dipercayai bertanggungjawab dalam kejadian letupan di luar Gereja Katedral di Makassar, Sulawesi Selatan pagi tadi.

Beliau berkata, 2 pengebom tersebut dipercayai maut di lokasi kejadian dan menyebabkan 14 orang turut cedera dalam kejadian tersebut.

Manakala, Ketua Divisi Hubungan Masyarakat Polis Indonesia, Argo Yuwono berkata, dua suspek yang menunggang sebuah motosikal cuba memasuki kawasan gereja berkenaan sebelum ditahan pengawal keselamatan gereja dan sejurus berlakunya letupan.

Portal berita Indonesia, Kompas TV melaporkan kejadian berlaku pada jam 10.28 pagi ketika rumah ibadat itu dipenuhi pengunjung.

Sementara itu, Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU), H. A. Helmy Faishal Zaini mengecam tindakan tersebut dan menegaskan bahawa segala bentuk kekerasan bukanlah dari ajaran dari agama.

“PBNU juga mendesak pasukan keselamatan untuk menyiasat dengan teliti dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply