Home SemasaGlobal Kartel dadah bawa trak lepas tembakan rambang bunuh 11 penduduk

Kartel dadah bawa trak lepas tembakan rambang bunuh 11 penduduk

by Air Times News Network

MEXICO CITY, 28 Feb –  Seramai 11 orang penduduk di bandar Jalisco maut dalam satu insiden tembakan rambang yang didalangi oleh kartel dadah, semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Jalisco, tembakan dilepaskan oleh sekumpulan individu lengkap bersenjata api yang menaiki sebuah trak.

“Seramai 11 orang termasuk seorang remaja di bawah umur maut dalam insiden yang berlaku di kawasan perumahan La Jauja,

“Kejadian ini telah menyebabkan seorang remaja lelaki dan seorang wanita yang sedang berada di dalam rumah tercedera,” kata kenyataan itu.

Kejadian terbaharu ini merupakan antara yang terburuk selepas pembunuhan bekas Gabenor Jalisco, Aristoteles Sandoval yang ditembak mati Disember lalu.

Bandar Jalisco merupakan antara titik panas persengketaan antara kartel dadah di Mexico dan dikuasai oleh Jalisco New Generation Cartel (CJNG).

CJNG dikenali sebagai kumpulan kartel yang mempunyai kelengkapan persenjataan separa tentera dan diketuai oleh El Muncho.

Beliau merupakan antara penjenayah yang paling dikehendaki di Mexico dengan ganjaran US$10 juta sekiranya berjaya ditangkap.

Sehingga hari ini, CJNG merupakan antara 10 kartel yang berebut untuk menguasai keseluruhan negara Amerika Tengah itu.

Andres Manuel Lopez Obrador berjanji untuk terus mengurangkan kadar keganasan di negara itu semasa mula dilantik sebagai Presiden Mexico pada lewat 2018.

Namun begitu, Mexico masih terperangkap dalam keganasan besar-besaran semenjak Kempen Perang Dadah dilancarkan pada tahun 2006. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply