Home Politik Dua Ahli Parlimen PKR serah akuan bersumpah sokong PN

Dua Ahli Parlimen PKR serah akuan bersumpah sokong PN

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan dua ahli parlimen pembangkang menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

Muhyiddin menyatakan perkara tersebut menerusi hantaran di media sosial rasminya hari ini.

“Hari ini saya menerima SD daripada dua Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan PN,

“Akuan Bersumpah oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon itu ditandatangani dan diserahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya,” katanya.

Menurut Muhyiddin, dengan sokongan ini, tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik COVID-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara.

Kedua-dua Ahli Parlimen ini merupakan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply