Home SemasaGlobal Pesawat Tentera Udara Mexico terhempas, enam anggota terbunuh

Pesawat Tentera Udara Mexico terhempas, enam anggota terbunuh

by Air Times News Network

MEXICO CITY, 22 Feb – Enam anggota tentera Mexico terbunuh dalam kemalangan melibatkan pesawat tentera udara di Veracruz bahagian tenggara Mexico, semalam.

Memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Mexico yang dilaporkan Reuters, kemalangan itu berlaku selepas pesawat Learjet 45 berlepas dari lapangan terbang di bandar Emiliano Zapata sekitar jam 9.45 pagi.

“Enam mangsa belum dapat dikenal pasti, dan pihak tentera akan menjalankan siasatan,” tambah kementerian itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply