Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 11 dicekup cuba seludup 923 kg daun ketum ke negara jiran

11 dicekup cuba seludup 923 kg daun ketum ke negara jiran

by Nurulhuda

KUBANG PASU, 21 Feb – Tentera Darat Malaysia berjaya mematahkan cubaan 11 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup keluar 21 guni daun ketum seberat 923 kilogram (kg) menggunakan motosikal ke Thailand, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia ( 2 Divisyen) berkata, kesemua mereka ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di bawah kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Briged).

Menurut kenyataan itu, kesemua mereka yang berusia di antara 20 hingga 45 tahun itu ditahan ketika melalui lorong yang disyaki sebagai laluan penyeludupan.

“Anggota bertugas telah bertindak menahan mereka semua dan telah berjaya menangkap 11 penyeludup dan bersama 11 buah motosikal serta 21 guni berisi daun ketum,

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 70,588.00 melibatkan daun ketum, kenderaan motosikal, wang tunai serta telefon bimbit,” katanya.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kubang Pasu untuk tindakan selanjutnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply