Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara A400M terbangkan 655 kg bekalan makanan dan keperluan asas ke Sabah

A400M terbangkan 655 kg bekalan makanan dan keperluan asas ke Sabah

by Nurulhuda

SUBANG, 21 Feb – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan misi penghantaran sumbangan makanan dan keperluan asas kepada penduduk di sekitar Sabah yang terkesan akibat kemiskinan dan pandemik COVID-19.

TUDM dalam satu hantaran berkata, sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Ikhlas ini telah diterbangkan menggunakan pesawat A400M dari No22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, pagi tadi.

Pesawat telah dikendalikan oleh Mejar Khairul Ikhmal selaku juruterbang dan dibantu Kapten Muhd Izwan selaku pembantu juruterbang bersama dua kru penerbangan.

“Barang makanan merangkumi beras, bihun, minyak masak, tepung gandum, gula, biskut dan makanan dalam tin diisi dalam 37 kotak dengan anggaran berat keseluruhan 665 kilogram (kg),” katanya.

Menurut TUDM, penerbangan kami ini merupakan misi kali kedua pesawat TUDM melaksanakan bantuan penghantaran untuk penduduk Sabah yang terjejas akibat COVID-19 pada bulan ini, di mana kali pertama pada 11 Februari lalu. –airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply