Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: Tentera Darat perkasa aset di Malaysia Timur

Op Benteng: Tentera Darat perkasa aset di Malaysia Timur

by Air Times News Network

SERIKIN, 22 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus memperkasakan aset bagi mempertingkat keupayaan pengoperasian bersama agensi-agensi keselamatan yang lain dalam pelaksanaan Op Benteng di Malaysia Timur.

TDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, perolehan aset baru melibatkan kenderaan All Terrain Vehicle (ATV), Trak 1 Tan GS Cargo dan Motosikal Scrambler 250cc mampu untuk meningkatkan lagi tahap pelaksanaan operasi kawalan sempadan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Op Benteng kepada Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di Padang Motor Cross, Serikin, hari ini.

“Perancangan ini adalah sejajar dengan pelan Army4nextG TDM, iaitu mengimbangi kekuatan keanggotaan dan aset dua per tiga bagi Semenanjung Malaysia dan satu per tiga bagi Malaysia Timur,

“Dengan perolehan aset baharu ini, ia semestinya akan mampu untuk meningkatkan lagi tahap pelaksanaan operasi kawalan sempadan,” kata Zamrose.

Turut hadir, Pangllima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad dan Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo Abdullah. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply