Home Semasa COVID-19: Malaysia catat 3,309 kes, tertinggi dalam masa 5 hari

COVID-19: Malaysia catat 3,309 kes, tertinggi dalam masa 5 hari

by M.Daim

PUTRAJAYA, 12 Jan – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan sebanyak 3,309 kes jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut merangkumi 3,303 kes penularan dalam negara manakala 6 lagi merupakan kes import.

“Bagi kes penularan di dalam negara, 2,461 kes adalah warganegara Malaysia dan 842 kes adalah bukan warganegara,” katanya.

Menurut beliau, Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,007 kes. Johoir mencatatkan 442 kes baharu manakala Sabah sebanyak 409 kes.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebanyak 326 kes baharu direkodkan, Labuan 15 kes manakala Putrajaya 36 kes.

“Sehingga kini, terdapat 190 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 83 kes memerlukan bantuan pernafasan,

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 30,390 kes,

“4 kes kematian telah direkodkan pada hari ini,” jelas Noor Hisham.

Selain itu, Noor Hisham turut mengesahkan kewujudan 11 kluster baharu di seluruh negara. Angka ini menjadikan jumlah kluster sehingga hari ini adalah sebanyak 605 kluster dengan 261 daripadanya masih aktif.

Seramai 1,469 pesakit telah pulih dibenarkan pulang pada hari ini dan menjadikan jumlah kes sembuh adalah sebanyak 110,584.

Sehingga hari ini, jumlah kes jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 131,533 kes dan 559 kes kematian direkodkan.

Kali terakhir kes harian tertinggi dicatatkan adalah pada 7 Januari lalu dengan catatan 3,027 kes. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply