Home SemasaGlobal 4 pesawat pengintip China ceroboh ruang udara ADIZ Taiwan

4 pesawat pengintip China ceroboh ruang udara ADIZ Taiwan

by Air Times News Network

TAIPEI, 5 Jan – Kementerian Pertahanan Nasional Taiwan melaporkan pihaknya mengesan 4 buah pesawat tentera China memasuki ruang udara di Zon Pengenalan Pertahanan Udara Barat Daya Taiwan (ADIZ) pada Isnin lepas.

Menurut kenyataan itu, kejadian ini merupakan kali ketiga berturut-turut dikesan oleh pihaknya yang melibatkan pesawat tentera China.

Memetik laporan akhbar Focus Taiwan, pesawat yang terlibat adalah 3 buah pesawat Y-8 dan sebuah pesawat Y-9.

Kesemua pesawat ini mampu untuk melaksanakan misi peperangan elektronik, anti kapal selam serta pengintipan.

Selain itu, pihak Tentera Udara Taiwan telah mengatur untuk membuat tindakan balas dengan mengeluarkan amaran radio, memintas menggunakan jet pejuang dan menggerakkan aset pertahanan udara sehingga pesawat tersebut meninggal ruang udara ADIZ.

Tahun lalu, Kementerian Pertahanan Nasional Taiwan menerusi laman sesawangnya telah memperincikan garis panduan yang perlu dilaksanakan sekiranya berlaku pergerakan pesawat ketenteraan China menghampiri kawasan pulau republik itu.

ADIZ merupakan ruang udara pemampan untuk mengenal pasti jenis, lokasi dan penerbangan sesebuah pesawat untuk kepentingan keselamatan sesebuah negara itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply