Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penceroboh tanah Raub harus didakwa – Veteran ATM – Air Times News Network
Home Semasa Penceroboh tanah Raub harus didakwa – Veteran ATM

Penceroboh tanah Raub harus didakwa – Veteran ATM

by Shahir Ali

RAUB, 21 Dis – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daerah Raub menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan sewajarnya ke atas penceroboh yang meneroka tanah secara haram di Raub.

Ahli Kelab Veteran ATM Raub, Sazali Mansur berkata, pihaknya menuntut pihak kerajaan agar kes ini disiasat dan diadili dengan dengan sewajarnya serta tidak menindas penduduk setempat terutamanya golongan veteran ATM dan PDRM.

Menurutnya, kerajaan Negeri Pahang seharusnya mengutamakan bangsa Melayu terlebih dahulu berbanding golongan lain terutamanya mengenai isu pemilikan tanah di Pahang.

“Penyerahan salinan memorandum kepada pejabat daerah yang dilakukan pagi ini bukan di atas pencerobohan tanah semata-mata, tetapi menuntut agar keadilan dari segi perundangan dilaksanakan,

“Kerajaan tidak harus memberi kelonggaran kepada penceroboh. Masyarakat yang hanya melihat dan meninjau tanah sudah dianggap penceroboh, ini mengakibatkan berlakunya double standard,

“Dan sekiranya, mereka (penceroboh) ini didapati bersalah, penceroboh tersebut harus didakwa dan tidak dilepaskan dengan sewenang-wenangnya,” jelasnya kepada pemberita selepas menyerahkan salinan Memorandum Rayuan Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pencerobohan tanah di Pahang kepada wakil Pejabat Daerah dan Tanah Raub, hari ini.

Sazali berkata, pihaknya juga meminta kepada kerajaan Negeri Pahang agar menjadikan tanah tersebut hak milik bumiputera sepenuhnya.

Tambah Sazali, sekiranya permohonan dan rayuan ini mendapat kemenangan, kerajaan negeri berhak menyerahkan tanah tersebut kepada sesiapa sahaja.

“Terserah kepada kerajaan negeri untuk menyerahkan tanah tersebut kepada siapa sahaja, kami tidak meminta, tetapi sekurang-kurangnya hargailah jasa veteran yang pernah berkhidmat ketika dahulu,”tambahnya.

Sementara itu, hari ini juga di Pintu 3 Istana Negara, Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN), Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Gerakan Reformasi Veteran ATM dan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan Memorandum ke Istana Negara berhubung Penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) isu pencerobohan tanah di Pahang.

Kesemua NGO tersebut memohon perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menubuhkan RCI bagi memantau dan menyiasat isu berkenaan secara menyeluruh, adil dan saksama. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?