Home Pertahanan dan Keselamatan APMM rampas 29 set bubu naga di Perairan Perak

APMM rampas 29 set bubu naga di Perairan Perak

by Nurul Aini

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak merampas 29 set bubu naga di kedudukan 5.4 batu nautika barat Daya Pulau Pasir Hitam Perak, kelmarin.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, hasil rondaan yang dilakukan oleh Bot Petir 80 telah mengesan sesuatu yang mencurigakan pada permukaan air iaitu bubu naga yang dipasang secara haram.

“Penggunaan peralataan bubu naga tersebut adalah satu kesalahan dan berpotensi memusnahkan biodiversiti marin di perairan Perak,

“Anggota Bot Petir 80 telah merampas 29 set bubu naga itu diatas kesalahan melanggar syarat penggunaan peralatan menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1986, katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, peralatan bubu naga tersebut telah dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu Lumut, bagi siasatan lanjut.

Beliau turut mengingatkan sekali lagi kepada komuniti maritim, khususnya nelayan persisiran pantai, bahawa penggunaan peralatan bubu naga adalah satu kesalahan.

Selain itu, Shahrizan mengesa orang ramai memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan pencerobohan nelayan asing, pendatang asing tanpa izin (PATI) serta lain-lain jenayah yang berlaku di perairan Perak kepada pasukan keselamatan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply