Home Politik Istana Negara tangguh sesi mengadap Guan Eng, Mat Sabu

Istana Negara tangguh sesi mengadap Guan Eng, Mat Sabu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ditangguhkan.

Dalam kenyataan bersama, bekas Menteri Kewangan itu memaklumkan beliau dititahkan menghadap hari ini, manakala Mohamad pada 21 Oktober depan.

Bagaimanapun, Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka memaklumkan bahawa kedua-dua sesi itu ditangguhkan.

“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” jelasnya.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pergi ke Istana Negara untuk menghadap Seri Paduka Baginda untuk mempersembahkan majoriti kukuh dan menyakinkan yang menyokongnya.

Beliau turut menjelaskan semua ketua-ketua parti akan dipanggil mengadap Baginda dalam masa terdekat bagi mendapatkan pengesahan dan pandangan.

Bagaimanapun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan, Istana Negara telah melaksanakan sekatan pergerakan separa (semi-lockdown) yang berkuatkuasa sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Ia adalah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply