Home Politik Terima kasih rakyat Sabah kerana pilih GRS – Abdul Hadi

Terima kasih rakyat Sabah kerana pilih GRS – Abdul Hadi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Sept – PAS akan terus komited dalam memperkukuhkan perpaduan dan membela kebajikan rakyat susulan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, semalam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, kemenangan tersebut membuktikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap GRS untuk menerajui pentadbiran negeri itu.

Beliau turut mengingatkan wakil rakyat yang memenangi PRN itu supaya menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara.

“Tahniah kepada GRS yang diterajui Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,

“Kepada para pengundi, terima kasih atas kepercayaan ini,

“InsyaAllah PAS akan turut menyumbang dalam usaha memperkukuh perpaduan dan membela kebajikan rakyat secara bersama,” katanya dalam hantaran di Facebooknya,  pagi tadi.

GRS yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, semalam.

GRS merupakan pakatan baharu dibentuk pada pertengahan September lalu telah berjaya memenangi 38 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

Sebelum ini, PAS memberi laluan kepada parti lain dalam PN untuk bertanding pada PRN negeri itu bagi memastikan pertandingan dua penjuru demi kemenangan besar gabungan berkenaan. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply