Home Semasa COVID-19: PKPD Penjara Tawau dilanjutkan hingga 9 Oktober depan

COVID-19: PKPD Penjara Tawau dilanjutkan hingga 9 Oktober depan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau, Sabah dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 Oktober depan.

Menteri Kanan, (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kuputusan itu dibuat selepas terdapat peningkatan kadar kes baharu yang mencecah 2 angka sehari di kawasan berkenaan.

“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau bermula 11 hingga 25 September 2020,

“Dalam tempoh tersebut, kadar kes baharu di kawasan berkenaan ialah sebanyak 2 angka sehari dan pada 23 September 2020, sebanyak 107 kes baharu dilaporkan,

“Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan telah bersetuju melanjutkan PKPD di kawasan ini 14 hari lagi bermula 26 September sehingga 9 Oktober 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Ismail Sabri memaklumkan bahawa PKPD secara pentadbiran di Zon Melor, di Amanjaya Kedah telah ditamatkan hari ini sebagaimana yang telah dijadualkan.

Beliau berkata, penamatan itu dibuat selepas tiada penambahan kes baru positif COVID-19 direkodkan untuk tempoh 13 hari sejak 14 September lalu.

“Sebanyak 4,931 sampel telah diambil di Zon Melor dan bilangan kes positif COVID-19 kekal 13 kes seperti yang direkodkan pada 13 September 2020 yang lalu,” tambahnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply