Home Semasa 23 negara diharamkan masuk Malaysia

23 negara diharamkan masuk Malaysia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari 23 negara yang mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia berkuat kuasa hari ini.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini memaklumkan, negara terbabit ialah Amerika Syarikat, Brazil, India, Rusia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina dan Chile.

Turut disenaraikan ialah Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan termasuklah Indonesia.

Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan sekatan kemasukan pemegang Pas Jangka Masa Panjang yang melibatkan warganegara dari India, Indonesia dan Filipina ekoran peningkatan mendadak kes import COVID-19 di negara berkenaan.

Artikel berkaitan: Rakyat India, Indonesia dan Filipina dilarang masuk Malaysia mulai 7 September ini

Sekatan tersebut merangkumi 6 kategori iaitu mereka yang memiliki pas penduduk tetap (PR), pemegang Pas Program Malaysia My Second Home (MM2H), ekspatriat termasuk pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.

Turut disekat ialah pasangan warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pas pelajar dari ketiga-tiga negara berkenaan yang ingin pulang semula ke Malaysia. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply