Home Semasa Warga asing dibenarkan solat berjemaah di masjid mulai 1 September

Warga asing dibenarkan solat berjemaah di masjid mulai 1 September

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata warga asing yang bekerja di Malaysia dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid bermula 1 September ini.

Menurutnya, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini bersetuju untuk membenarkan warganegara asing berbuat demikian.

“Selama ini kita tidak membenarkan warganegara asing untuk berjemaah (di masjid dan surau), jadi banyak rayuan kita terima, kerana kita tidak membenarkan langsung mereka berjemaah selain diplomat dan duta sahaja,

“Apabila kita perluaskan dengan membenarkan seramai mana pun boleh (solat berjemaah), asalkan ada penjarakan sosial berdasarkan keluasan tempat,” katanya pada sidang media perkembangan pelaksanaan PKP hari ke-161 dan hari ke-77 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Walau bagaimanapun, mereka (warganegara asing) juga perlu berdaftar dan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Pihak masjid boleh menentukan, kalau sudah pun mencukupi dan tiada ruang lagi untuk mereka.. itu terpulang kepada jawatankuasa masjid sama ada membenarkan atau tidak,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply