Home Semasa Ketirisan maklumat TLDM di Dark Web: Tiada dokumen rahsia yang bocor

Ketirisan maklumat TLDM di Dark Web: Tiada dokumen rahsia yang bocor

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menegaskan dokumen yang didakwa telah disiarkan dalam laman dark web oleh media asing merupakan dokumen tidak berdarjah dan lapuk.

“Setelah dikenalpasti, dokumen-dokumen yang dimaksudkan itu adalah ‘obsolete’ (lapuk) dan tidak melibatkan dokumen berdarjah yang boleh menjejaskan kesiagaan serta operasi TLDM,

“Walau bagaimanapun, TLDM tetap menyiasat punca dan sumber ketirisan maklumat tersebut berlaku,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut, hari ini.

Pada masa yang sama, pihak TLDM turut menegaskan sistem komunikasi maklumat pasukan itu masih selamat dan kukuh di bawah Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC), Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM).

Terdahulu, sebuah media asing hari ini melaporkan terdapat kira-kira 70 dokumen rahsia TLDM telah digodam dan disiarkan di laman dark web semenjak bulan lalu.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply