if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Surat tarik balik pembekuan akaun: 9 laporan polis dibuat terhadap Tun M

Surat tarik balik pembekuan akaun: 9 laporan polis dibuat terhadap Tun M

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pengerusi UMMAH Malaysia, Mohd Zai Mustafa mengesahkan sebanyak 9 laporan polis telah dibuat oleh pihaknya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan Tan Sri Tommy Thomas berhubung surat penarikan balik pembekuan akaun seorang taikun tanah berkaitan kes 1MDB.

Menurut beliau, laporan tersebut telah dilakukan oleh cawangan-cawangan NGO di seluruh negara.

“Kami bertindak untuk membuat laporan susulan daripada pendedahan oleh Menteri Undang-undang, Datuk Takiyuddin Hassan di Parlimen,” katanya semasa sidang media di Majlis Perundingan Melayu (MPM), semalam.

Beliau menambah, siri laporan polis akan diteruskan pada minggu hadapan.

Pada masa yang sama, Zai menjelaskan tindakan Tun Mahathir adalah jelas melanggar undang-undang.

“Surat ini sangat jelas melanggar undang-undang dan patut disiasat mengikut Akta 23 (a) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

“Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu menggunakan kuasanya untuk mengatasi kedudukan undang-undang dalam penenentuan sesuatu perkara,” jelasnya.

Sidang media di Wisma MPM semalam turut menjelaskan tindakan Tun Mahathir mengeluarkan surat arahan menarik balik pembekuan akaun taikun tanah, Tan Sri Lim Soon Peng adalah melanggar dasar pembahagian kuasa dalam kerajaan.

“Kita serahkan kepada pihak SPRM untuk siasat perkara ini secara telus dan serius,” ujar Zai. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply