Home Semasa Kerajaan jangan bertindak zalim terhadap peniaga Bumiputera di Sungai Buloh

Kerajaan jangan bertindak zalim terhadap peniaga Bumiputera di Sungai Buloh

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat mendakwa kerajaan Selangor telah bertindak zalim terhadap peniaga-peniaga Bumiputera di Sungai Buloh.

“Kerajaan negeri Selangor, MBSA, Datuk Bandar jangan bertindak zalim! Nanti rakyat akan bangkit. Apa dosa penjaja ini, lepas COVID-19 baru nak cari sesuap rezeki?

“Kalian pergi robohkan tempat mereka pula. Bagi balik hak kepada penjaja Bumiputera, jangan aniaya mereka,

“COVID-19 telah membuatkan mereka susah, ekonomi susah, MBSA memperburuk keadaan. Bukannya nak tolong, tapi tambah lagi kesusahan,” katanya semasa sidang media di hadapan Bukit Aman, semalam.

Beliau menambah, kerajaan Selangor akan berhadapan dengan kebangkitan rakyat sekiranya isu tersebut tidak diperbetulkan.

“Jangan aniaya Melayu Islam, kerana kami adalah pejuang agama bangsa dan tanah air. Kami tidak akan sanggup melihat orang Melayu terus ditindas, dianayai. Kami akan bangkit untuk mempertahankan hak mereka.

“Kalau kerajaan Selangor tak betulkan perkara ini, kami akan bersama-sama dengan penduduk Sungai Buloh untuk memperjuangkan hak,” ujarnya.

Semalam, Masridzi telah hadir ke Bukit Aman bagi memberikan keterangan berhubung isu premis judi di Sungai Buloh.

Dalam perkembangan lain, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan 101 notis terhadap premis di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh yang didapati membina struktur tambahan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply