Home Semasa Majlis Perundingan Melayu kemuka Memorandum Khas kepada Perdana Menteri dan Ketua Pengarah SPRM

Majlis Perundingan Melayu kemuka Memorandum Khas kepada Perdana Menteri dan Ketua Pengarah SPRM

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pihak Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) telah mengemukakan memorandum khas berhubung isu surat penarikan balik pembekuan akaun berkaitan kes 1MDB.

Dalam sidang media yang diadakan di Wisma MPM semalam, memorandum tersebut akan dihantar kepada Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kandungan memorandum adalah seperti berikut:

Memorandum Khas  Kepada Kerajaan  Pimpinan Perdana Menteri Yab  Tan Sri Muhyiddin Yasin, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah SPRM Dan Peguam Negara

Ekoran dari pendedahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 10 Ogos 2020 , KAMI  ingin menarik perhatian tentang apa yang berlaku mengenai campurtangan politik dalam sistem perundangan negara secara terang terangan.

Apa yang berlaku, pada bulan Mei 2018, Peguam Negara ketika itu (Tan Sri Tommy Thomas)  telah membawa surat representasi  daripada peguam Tan Sri Lim Soon Peng yang ada kaitan dengan kes 1MDB kepada YB Lim Guan Eng memohon supaya akaun bank Tan Sri tersebut dinyahbekukan.

Surat tersebut bertajuk “Aplication To Release The Frozen Accounts of YBhg Tan Sri Lim Soon Peng”

Kemudian, kami difahamkan bahawa Lim Guan Eng telah membawa surat representasi tersebut kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad untuk dipertimbangkan

Selepas itu, ianya diminitkan oleh Perdana Menteri ketika itu ( Tun Dr. Mahathir Mohamad).

Minit itu berbunyi, ‘saya berpendapat, PENYELEWENGAN  oleh mantan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) TIDAK BOLEH DI SALAHKAN  (kepada) Tan Sri Lim (Soon Peng).

“Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan’. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop Perdana Menteri.

Surat itu kemudiannya diminitkan sekali lagi oleh Lim Guan Eng bertarikh 19 Februari 2019 yang meminta supaya SPRM segera menarik semula arahan pembekuan terbabit seperti yang diminta oleh Perdana Menteri.

Minit berkenaan berbunyi Yang Berhormat AG; “Please lift the freeze of account as requested by YAB Perdana Menteri” bertarikh 19 Februari 2019

Susulan daripada surat itu, Tommy Thomas kemudian membalas surat kepada Guan Eng bertarikh 31 Mei 2019 memaklumkan mengenai status pembekuan akaun ahli perniagaan terbabit dan arahan beliau kepada SPRM.

Tak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara bahawa kuasa politik mencampuri urusan mahkamah secara terang terangan. Oleh yang demikian, kami dari NGO2 seluruh Malsysia membuat ketetapan seperti berikut:

  1. Pihak berkuasa ‘without fear or favour’ hendaklah menyiasat salahguna kuasa YANG SERIOUS keatas Mantan Perdana Menteri, Mantan Menteri Kewangan dan Mantan Peguam Negara
  2. Sekiranya berlaku salahguna kuasa, tindakan pendakwaan hendaklah dilakukan.
  3. Hentikan sebarang campur tangan politik dalam sistem perundangan negara, kerana sesungguhnya Badan Perundangan dan Sistem Kehakiman Negara sepatutnya bebas dari sebarang campur tangan politik. (SEPARATION OF POWER)
  4. Hentikan amalan pendakwaan terpilih dalam badan perundangan negara.

Sekiranya sistem perundangan dan badan kehakiman dikawal oleh ahli ahli politik, maka negara akan menuju kehancuran. Tiada keyakinan dari pelabur pelabur asing dan akhirnya ekonomi negara terjerumus dalam kegawatan.

Majlis Perundingan Melayu

14 Ogos 2020

Kandungan penuh memorandum ini turut diterima oleh Air Times News Network semasa menghadiri sidang media di Wisma MPM, semalam. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply