if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Tun M salah guna kuasa arah tarik pembekuan akaun ahli perniagaan berkait kes 1MDB

Tun M salah guna kuasa arah tarik pembekuan akaun ahli perniagaan berkait kes 1MDB

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Majlis Perundingan Melayu hari ini menegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahguna kuasa apabila mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menarik balik pembekuan akaun ahli perniagaan yang mempunyai kaitan kes 1MDB.

“Tak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara bahawa kuasa politik mencampuri urusan mahkamah secara terang terangan,” kata Ketua Biro Politik MPM, Shahbudin Embun ketika membaca Memorandum Khas semasa sidang media di Wisma MPM pada hari ini.

Memorandum khas tersebut akan diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Pengarah SPRM dan Peguam Negara pada 19 Ogos ini.

Menurut Shahbudin, memorandum tersebut turut ditujukan kepada Pejabat Perdana Menteri namun diminta untuk diemelkan terlebih dahulu kerana ianya adalah mustahak.

“Benda ini adalah serius dan arahan penarikan balik pembekuan akaun Tan Sri Lim Soon Peng dalam surat adalah menyalahi undang-undang,

“Penarikan balik arahan sebegitu perlu melalui proses undang-undang dan diadili oleh hakim, bukannya oleh seorang Perdana Menteri,” tegas Shahbudin.

Beliau menambah, perkara sebegini perlu ditangani kerana ianya telah melanggar dasar pembahagian kuasa dalam kerajaan.

Terdahulu, Shahbudin membacakan Memorandum Khas yang turut menggesa pihak kerajaan untuk melakukan penyiasatan terhadap surat campur tangan yang didedahkan oleh Menteri Undang-undang, Datuk Takiyudin Hassan di Parlimen pada Isnin lalu.

Semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja, Takiyudin telah membacakan surat yang didakwa menunjukkan campur tangan Tun M; bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas  yang mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Apa yang berlaku, surat daripada peguam ini diminitkan oleh Perdana Menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad) pada masa itu. Minit itu berbunyi, ‘saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Tan Sri Lim (Soon Peng).

“Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan’. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop perdana menteri,” kata Menteri.

Beliau berkata, surat itu kemudiannya diminitkan sekali lagi oleh Guan Eng bertarikh 19 Februari 2019 yang meminta supaya SPRM segera menarik semula arahan pembekuan terbabit seperti yang diminta oleh Tun M.

Susulan daripada surat itu, katanya, Tommy kemudian membalas surat kepada Guan Eng bertarikh 31 Mei 2019 memaklumkan mengenai status pembekuan akaun ahli perniagaan terbabit dan arahan beliau kepada SPRM. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply