Home Semasa 180 individu ditahan ingkar PKP semalam – Ismail Sabri

180 individu ditahan ingkar PKP semalam – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan seramai 180 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Polis Diraja Malayasia (PDRM) semalam.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 16 direman manakala 164 individu lagi dikenakan kompaun kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.

Dalam pada itu, PDRM juga telah membuat 61 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) di seluruh negara serta memeriksa 31,184 buah kenderaan bagi mengekang pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong tikus.

“PDRM telah berjaya menangkap 3 warganegara asing kerana kesalahan imigrisen,” katanya dalam satu kenyaataan mengenai pelaksanaan PKP hari ke-144 dan ke-60 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Manakala mengenai operasi sanitasi awam COVID-19 sehingga semalam, sebanyak 10 operasi sanitasi meliputi 10 zon melibatkan 5 buah negeri telah dilaksanakan.

“Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 9,530 operasi sanitasi merangkumi 134 zon, di mana sebanyak 12,809 premis telah disanitasi,” ujarnya.

Beliau juga berkata, mengenai kuarantin wajib sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 7,364 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

“Kesemua mereka yang pulang dari 30 negara itu telah ditempatkan di 30 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah,

“Daripada jumlah itu, seramai 20 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan kerana positif COVID-19,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply