Home Semasa Senarai tempat awam yang wajib pakai pelitup muka

Senarai tempat awam yang wajib pakai pelitup muka

by Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka:

  • Masjid, surau dan rumah ibadat
  • Majlis sosial
  • Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah
  • Hospital dan klinik
  • Pasar awam dan pasar tani
  • Pawagam
  • Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak
  • Restoran
  • Bengkel
  • Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
  • Pusat hiburan keluarga
  • Mana-mana tempat awam yang sesak.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata demikian kepada Bernama bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut.

Kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Mana-mana individu awam yang melanggar peraturan di bawah Akta itu hanya akan dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000,” katanya. – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply