Home Semasa Jangan sesekali perlekehkan anak seni tanah air – Ellie Suriaty

Jangan sesekali perlekehkan anak seni tanah air – Ellie Suriaty

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Gabung Anak Seni (GAS) menyeru Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) agar membuat penambahbaikan bagi Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta FINAS) mengikut perkembangan situasi semasa.

Presiden GAS, Ellie Suriaty Omar menyatakan, penambahbaikan akta tersebut perlu dirombak semula demi melindungi hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air.

Menurut pelakon dan pengarah itu, akta tersebut bukan sahaja tertumpu kepada industri kreatif tanah air malah termasuk juga media sosoal.

Hal ini selaras dengan penggubalan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKIN) yang menjadi induk untuk memacu segala kegiatan kreatif secara lebih produktif dan ekonomik melalui senergi sektor awam dan swasta.

“Kreatif adalah salah satu platform yang mejana ekonomi negara, jangan sesekali memperlekehkan anak seni tanah air,

“Sebagai pemain industri kami nak utarakan pendapat sebab ini platform anak seni sebelum sebarang penambahbaikan dilaksana kerajaan,

“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh dimana didalam akta tersebut mempunyai semua hak kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik,

“Saya faham dan tidak menghalang pemilik YouTube untuk menghasilkan karya kreatif, namun ada di antara mereka yang mengambil kesempatan dengan menyiarkan video selebriti tanpa kebenaran untuk mengaut keuntungan,” katanya pada sidang media diskusi Gabung Anak Seni berkenaan di Petaling Jaya, semalam.

Dalam pada itu, GAS juga ingin menyarankan agar Akta Sistem Komunikasi Maltimedia Malaysia (SKMM) 1998 dibawah syeksen 233 dan 221 juga dibaik pulih.

“Jika hal ini tidak dilakukan sekarang, usaha untuk mengangkat sektor industri kreatif sebagai pemacu ekonomi negara dan tidak akan dicapai,” tambahnya lagi.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?